Cerpen pertama saya akhirnya bakal menjadi tatapan umum..
Terima kasih kepada JS Adiwarna yang memberi peluang dan kepercayaan kepada karya kecil saya untuk turut serta memeriahkan antologi yang amat bermakna ini.
Antologi Cerpen yang diberi judul ' Kerana Dia, Ratu Sehari', mempunyai 844 muka surat dengan 40 cerpen yang sudah sementinya manis-manis di dalamnya.
Terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan seperjuangan dan rakan-rakan FB juga istimewa kepada rakan-rakan baru dan lama yang sentiasa memberi sokongan.
Teramat-amat kasih kepada Encik Suami yang amat memahami minat saya untuk menulis. Beliaulah yang banyak sangat memberi peluang dan ruang kepada saya untuk meneruskan minat dalam bidang ini. Sayang Selalu!
Semoga terhibur dengan semua cerpen di dalam antologi yang anggun ini. Saya akan menulis selagi suami merestui dan Allah SWT mengizinkan.
Salam Sayang.
Dhuha Steffa.
Wednesday, 11 December 2013
Tuesday, 29 October 2013
Mak Andam! Oh Mak Andam! Yang Bertuah....
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Dengan izin Yang Esa, cerpen saya terpilih untuk menyertai Antologi Cerpen JS Adiwarna dengan tema Kerana Dia, Ratu Sehari.
Semangat semakin berkobar-kobar untuk menulis. Semoga karya saya boleh diterima oleh pembaca sekalian.
Terima kasih yang teramat-amat-amat kepada semua yang banyak membantu dan memberi peluang kepada karya saya untuk menjadi bacaan umum.
Salam hormat penuh ceria, daripada saya....,
Dhuha Steffa.
Alhamdulillah...
Dengan izin Yang Esa, cerpen saya terpilih untuk menyertai Antologi Cerpen JS Adiwarna dengan tema Kerana Dia, Ratu Sehari.
Semangat semakin berkobar-kobar untuk menulis. Semoga karya saya boleh diterima oleh pembaca sekalian.
Terima kasih yang teramat-amat-amat kepada semua yang banyak membantu dan memberi peluang kepada karya saya untuk menjadi bacaan umum.
Salam hormat penuh ceria, daripada saya....,
Dhuha Steffa.
Thursday, 19 September 2013
Catatan untuk 19 September.....
Assalamualaikum dan salam hormat kepada yang sudi singgah membaca.
Sebenarnya, blog ini hampir saya tutup kerana seperti mati segan hidup tak mahu. Sunyi sepi, kusam dan kelam. Setiap kali saya ke sini, pasti terbatuk-batuk hingga nafas hampir sesak. Habuk dan sawang ada di merata-rata. Tebalnya pula sudah hampir sekaki!
Disebabkan 'dapur' di 'rumah' sendiri sudah lama tidak berasap, saya yang lapar, mula berjalan-jalan ke rumah sebelah. Terus berjalan dan berjalan. Catatan-catatan di setiap blog yang saya singgahi amat mengenyangkan jiwa.
Tulisan mereka telah menyuntik satu semangat kepada saya untuk mengemaskan semula 'rumah' sendiri. Takkanlah saya sahaja yang asyik bertandang ke rumah kawan-kawan,kan? Ada masanya, saya juga berkeinginan mahu menjemput rakan -rakan untuk datang bertandang.
Jika berhasrat menjemput rakan-rakan untuk bertandang, pastinya perlu menyediakan sesuatu untuk dijamu. Mungkin juadah yang saya sediakan itu tidak sempurna, tetapi saya berlapang dada jika rakan-rakan yang singgah, apatah lagi jika sudi menikmati juadah, melapangkan waktu untuk meninggalkan komen.
Semoga kunjungan rakan-rakan pada lain waktu, dapat saya jamu dengan juadah yang lebih lazat dan menepati selera, kan? :-)
Alhamdulillah...saya ditemukan dengan seorang 'jiran' yang sudi datang ke rumah saya dan membantu saya mengemaskan rumah. Kebetulan saya 'out station', maka saya titipkan 'kunci rumah' kepadanya supaya mudah dia datang bila-bila masa.
Balik sahaja dari out station, saya terpana seketika. Rumah sudah dicat baru. Di dalam, siap dengan wallpaper baru juga. Perabot-perabot yang agak berselerak sudah disusun kemas dan cantik!
Rasa nak peluk ketat-ketat Adik Dayang Deno yang sudi mengemas. Apakan daya, tangan tak sampai. Tema pink, purple dan silver/grey ini memang seperti yang saya idamkan!
Kini, saya semakin bersemangat memasak juadah. Cuba memberanikan diri meletakkan 'link' di muka-muka buku walaupun hakikatnya rasa segan sudah menghempap-hempap tubuh!
InsyaAllah..jika Yang Maha Pemurah sudah menetapkan rezeki itu buat saya, akan terbitlah buku saya. Jika bukan rezeki saya, saya akan mencuba lagi selagi Jemari, Jiwa & Minda Ini Bersatu Untuk Berkarya....
Editor Nuun Creative Book sudah menampakkan wajah e-book saya yang bertajuk 1313:Sulu
Menangis (boleh baca sedutan yang saya sudah sediakan)
dan............
Novel pertama saya yang bertajuk "Andai Tersentuh Cintamu" di bawah Kaki Novel yang sedang menunggu giliran penerbitan bagi Tahun 2014.
(Itu pun jika tidak ditolak pada saat-saat akhir. Mana tahu,kan?)
Saya memang sangat teruja menanti respon seterusnya dari KN namun dalam masa yang sama saya tetap bersedia untuk menerima apa-apa sahaja berita sedih...
Ohhh! Mudah-mudahan ATC berjaya melepasi tapisan akhir dan dapat dinaskahkan. Itu doa saya. Amin..)
Sebenarnya, blog ini hampir saya tutup kerana seperti mati segan hidup tak mahu. Sunyi sepi, kusam dan kelam. Setiap kali saya ke sini, pasti terbatuk-batuk hingga nafas hampir sesak. Habuk dan sawang ada di merata-rata. Tebalnya pula sudah hampir sekaki!
Disebabkan 'dapur' di 'rumah' sendiri sudah lama tidak berasap, saya yang lapar, mula berjalan-jalan ke rumah sebelah. Terus berjalan dan berjalan. Catatan-catatan di setiap blog yang saya singgahi amat mengenyangkan jiwa.
Tulisan mereka telah menyuntik satu semangat kepada saya untuk mengemaskan semula 'rumah' sendiri. Takkanlah saya sahaja yang asyik bertandang ke rumah kawan-kawan,kan? Ada masanya, saya juga berkeinginan mahu menjemput rakan -rakan untuk datang bertandang.
Jika berhasrat menjemput rakan-rakan untuk bertandang, pastinya perlu menyediakan sesuatu untuk dijamu. Mungkin juadah yang saya sediakan itu tidak sempurna, tetapi saya berlapang dada jika rakan-rakan yang singgah, apatah lagi jika sudi menikmati juadah, melapangkan waktu untuk meninggalkan komen.
Semoga kunjungan rakan-rakan pada lain waktu, dapat saya jamu dengan juadah yang lebih lazat dan menepati selera, kan? :-)
Alhamdulillah...saya ditemukan dengan seorang 'jiran' yang sudi datang ke rumah saya dan membantu saya mengemaskan rumah. Kebetulan saya 'out station', maka saya titipkan 'kunci rumah' kepadanya supaya mudah dia datang bila-bila masa.
Balik sahaja dari out station, saya terpana seketika. Rumah sudah dicat baru. Di dalam, siap dengan wallpaper baru juga. Perabot-perabot yang agak berselerak sudah disusun kemas dan cantik!
Rasa nak peluk ketat-ketat Adik Dayang Deno yang sudi mengemas. Apakan daya, tangan tak sampai. Tema pink, purple dan silver/grey ini memang seperti yang saya idamkan!
Kini, saya semakin bersemangat memasak juadah. Cuba memberanikan diri meletakkan 'link' di muka-muka buku walaupun hakikatnya rasa segan sudah menghempap-hempap tubuh!
InsyaAllah..jika Yang Maha Pemurah sudah menetapkan rezeki itu buat saya, akan terbitlah buku saya. Jika bukan rezeki saya, saya akan mencuba lagi selagi Jemari, Jiwa & Minda Ini Bersatu Untuk Berkarya....
Editor Nuun Creative Book sudah menampakkan wajah e-book saya yang bertajuk 1313:Sulu
Menangis (boleh baca sedutan yang saya sudah sediakan)
dan............
Novel pertama saya yang bertajuk "Andai Tersentuh Cintamu" di bawah Kaki Novel yang sedang menunggu giliran penerbitan bagi Tahun 2014.
(Itu pun jika tidak ditolak pada saat-saat akhir. Mana tahu,kan?)
Saya memang sangat teruja menanti respon seterusnya dari KN namun dalam masa yang sama saya tetap bersedia untuk menerima apa-apa sahaja berita sedih...
Ohhh! Mudah-mudahan ATC berjaya melepasi tapisan akhir dan dapat dinaskahkan. Itu doa saya. Amin..)
1313:Sulu Menangis
Namun niat Azali untuk masuk ke Tanduo tidak terlaksana.
Jalan masuk ke kampung itu sudah disekat oleh pasukan keselamatan berikutan bertempuran yang berlaku.
Sekatan jalan dibuat di sana sini. Berita tentang dua orang anggota
pasukan keselamatan kita yang terkorban menjadi isu utama setiap bibir.
Sebuah warung kecil tidak jauh dari tempatnya berdiri menerbitkan rasa dahaga. Langkah segera diatur ke sana.
“Teh limau ais!”
Meja di sebelah kiri dan kanannya dipenuhi dengan individu-individu yang sedang rancak mengulas isu pertempuran di Tanduo.
Azali hanya menadah telinga.
“Perwira kita yang terkorban itu seorang berpangkat inspektor dan seorang lagi berpangkat koperal.”
“Siapa dan apa sekalipun pangkat mereka di dunia, pergi mereka adalah
sebagai wira negara. Mereka gugur sebagai syahid. Tidak ada sesiapa pun
menduga, pada saat kita mengecapi kemakmuran dan keamanan hari ini,
darah perwira tiba-tiba mengalir di bumi Sabah.”
“Sungguh keji pengganas Sulu itu!”
“Ya! Saya juga sudah mendengar sidang akhbar di televisyen.”
“Mereka berpura-pura mengibarkan bendera putih sebagai isyarat menyerah
diri. Dan sesungguhnya anggota pasukan keselamatan kita yang berhati
bersih tidak banyak berputar belit. Alhamdulillah jika musuh menyerah!
Maknanya, isu ini dapat diselesaikan tanpa pertumpahan darah.”
Lelaki berkemeja kemas itu menyambung lagi.
“Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Inspektor Zulkifli yang
merupakan Ketua Pasukan benar-benar menyangka musuh berniat baik lantas
bangun dari posisi bertahan. Pada saat itulah, peluru dari penembak
tepat musuh dilepaskan dan mengenai kepala Allahyarham.”
“Koperal Sabarudin yang paling hampir terus bangun untuk membantu dan
Allahyarham turut terkena peluru. Maka gugurlah dua perwira bangsa.
Tanpa ketua pasukan, anggota lain terus membalas tempakan dan bertahan
sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tiba pasukan bantuan.
Rupa-rupanya, pada waktu itu pasukan mereka hampir sudah dikepung
sepenuhnya oleh musuh.”
“Berapa orang pengganas berjaya ditembak?”
“Dua belas orang ditembak mati!”
Kelihatan mereka menggeleg-geleng kepala serentak. Masing-masing mengetap bibir dengan mata berapi-api.
“Sesuatu yang membuatkan saya geram ialah apabila ada di kalangan
rakyat negara ini yang membantah apabila para penceroboh ini dipanggil
pengganas!”
“Mengapa pula timbul persoalan bantah membantah?”
“Kata mereka, penceroboh ini juga beragama Islam. Mana mungkin kita sesama Islam menggelar saudara kita sendiri pengganas.”
Rakannya yang seorang lagi terangguk-angguk.
“Namun jika difikirkan sekali jalan, ada benar bantahan mereka itu.”
“Jangan terus mengiyakan sesuatu perkara, saudara. Ingat detik awal
kedatangan mereka. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata,
polis mengenal pasti mereka sebagai sekumpulan warga dari Selatan
Filipina yang mengaku sebagai pewaris berketurunan Raja Sulu.”
“Setelah mereka mengemukakan tuntutan yang tidak masuk akal itu, demi
mengelakkan kekecohan berlaku, maka kerajaan meminta mereka berundur
secara aman. Rundingan yang kerajaan kita tawarkan ditolak
mentah-mentah. Kononnya tidak akan berundur selagi hak mereka tidak
dikembalikan.”
Ayat terakhir itu disambut dengan gelengan panjang rakan-rakannya.
“Mereka seolah-olah hidup dalam khayalan mereka sendiri! Apa mereka
ingat ini zaman dulu-dulu? Siapa kuat dia memerintah? Menakhluk
mana-mana tanah yang mereka mahu dengan berbekalkan senjata dan nyawa
menjadi taruhan?”
“Mereka benar-benar hilang akal! Entah kuasa
jahat dari mana sudah merasuk fikiran mereka. Sesungguhnya mereka lupa
bahawa tanah yang ingin mereka takluk ini adalah tanah berdaulat!”
“Apabila mereka tidak mahu berundur dan masih mendesak tentang tuntutan
ke atas Sabah, maka saat itu mereka mula digelar penceroboh. Itu
hakikat! Kerana mereka menceroboh negara kita.
Jika orang yang
tidak dikenali masuk ke rumah saudara secara senyap-senyap, pasti
saudara menggelarkannya penceroboh,bukan? Tidak mungkin saudara
melayaninya sebagai tetamu.”
“Persoalan mengapa gelaran
penceroboh itu bertukar kepada gelaran pengganas. Sudah jelas! Kita
semua sudah lihat kekejaman yang mereka lakukan ke atas anggota pasukan
kita yang gugur di Simunul, Semporna.
Perlukah kita debatkan
secara terperinci kekejaman itu? Tidak! Kerana kebencian kita akan terus
menyala-nyala dan dendam akan membuak-buak!”
Azali mengurut
dada sendiri. Minuman berais yang lalu ditekaknya terasa perit. Mahu
sahaja dia membawa langkahnya pergi namun perbualan yang semakin marak
itu mengunci punggungnya untuk terus duduk.
Lelaki berkemeja
kemas tadi kelihatan masih berkobar-kobar meneruskan ucapan.
Rakan-rakannya berpandangan sesama sendiri saat dia melontarkan soalan.
“Adakah saudara sekalian tidak berasa hairan?”
“Isu tanah yang tiba-tiba timbul ini sangat pelik dan menghairankan.
Setelah sekian lama Sabah mula membangun di bawah Kerajaan Malaysia,
baru kini Kerajaan Sulu mahu membuat tuntutan. Simpati juga kita pada
kerajaan mereka itu yang tidak diiktiraf oleh Filipina sendiri.”
“Jika suatu ketika dahulu Sabah hanya ada Centre Point, Wisma Merdeka
dan Karamunsing sebagai mercu tanda, kini kita sudah ada Suria Sabah dan
One Borneo.
Pusat pentadbiran yang dahulunya terpisah-pisah,
kini kita sudah ada Pusat Pentadbiran baru yang terpacak megah.
Universiti Malaysia Sabah membuktikan rakyat Sabah juga seiring
memartabatkan pendidikan dengan mereka di luar sana.”
“Cuba teka apa akan jadi dengan semua ini jika Sulu mengambil alih?”
Jawab rakannya, “Kita tidak ada Ketua Menteri lagi. Kita akan mempunyai sultan!”
Si lelaki berkemeja kemas ketawa sampai berair mata. Pantas tangannya
menarik tisu dari kotak di atas meja. Matanya yang basah dilap kemudian
menyambung.
“Saudaraku!”
“Seperti yang kita tahu, akan ramai yang akan mengaku cucu dan cicit Sultan Sulu selepas itu.
Maka, mereka akan membahagikan Negeri Sabah yang kita cintai ini kepada
beberapa bahagian demi memenuhi tuntutan setiap waris yang datang entah
dari mana itu.
Kita juga sudah maklum dengan sikap tamak, hasad dengki dan dendam yang sudah menjadi darah daging mereka.”
“Katakanlah Sabah dibahagi-bahagikan mengikut zon. Zon Timur dengan
sultannya. Zon Utara, Zon Pantai Barat, Zon Bandar dan Zon Selatan
seorang sultan setiap satu.
Jika pada suatu hari yang malang
Dewan Masyarakat Ranau terbakar, dituduh rakyat dari Zon Bandar yang
menjadi dalangnya. Maka, dengan dendam melimpah-ruah, serangan pun
dilancarkan. Maka ranaplah Centre Point yang menjadi pusat perniagaan
kita selama ini.”
“Tuduh menuduh pun berlaku. Jari dituding
pula ke Zon Pantai Barat. Maka, Hospital Kudat pula dijatuhkan bom.
Bayangkan keadaan Sabah pada waktu itu? Percayalah! Apa yang kita bina
dan nikmati ini akan lenyap, ranap, musnah dalam hanya beberapa ketika
mereka di sini.”
Lelaki itu terduduk dan kelihatan matanya berkaca-kaca sekali lagi. Bahunya ditepuk perlahan oleh rakannya.
“Bukan kamu seorang sahaja yang terasa pergolakan yang sedang melanda
negeri ini. Bukan hanya penduduk Lahad Datu. Bukan hanya rakyat Sabah.
Malah seluruh rakyat Malaysia sedang merasakan hal yang sama. Mengangkat
senjata kita tidak mampu. Merancang strategi berperang juga bukan di
tangan kita.”
“Tapi kita ada ini, ini dan ini!”
Sambil jarinya menuding ke kepala dan mulut sebelum menepuk dadanya.
“Otak ini mampu berfikir mana yang salah dan mana yang patut kita pangkah!”
“Dengan mulut ini kita bermunajat kepada-Nya. Berdoa agar semua ini
segera selesai dan hidup kita kembali seperti aman sediakala.”
“Dan hati ini. Hati ini sudah dididik sebagai hati seorang rakyat
Malaysia yang cintakan keamanan. Hati yang sukakan persaudaraan. Hati
yang menangis apabila melihat darah perwira mengalir demi mempertahankan
kedaulatan!”
Azali menggigit bibir menahan agar matanya yang
berkaca-kaca tidak pecah. Tangannya segera menggamit tuan punya warung
lalu membayar harga minuman.
Bicara bertubi-tubi yang menembusi gegendangnya sebentar terus mengalir memenuhi setiap inci nadi. Hatinya berkata-kata.
‘Benar. Aku tidak mampu mengangkat senjata untuk mempertahankan
kedaulatan negara. Namun aku ada senjata yang tidak kurang hebatnya
iaitu murid-muridku.
Kepada mereka akan tumpahkan semangat
jati rakyat Malaysia. Dengan buku dan pena akan aku bimbing mereka agar
mencintai tanah air ini.
Biar mereka menghargai dan bersyukur
lahir di bumi berdaulat ini. Akan aku buka minda mereka agar mereka tahu
sejarah bumi Sabah ini.’
Tuesday, 4 June 2013
Puteri Cermin (Dayang Soromin-Cerita Rakyat)-Twist Klasik-
Tajuk : Puteri
Cermin (Dayang Soromin)
Sejarah berulang
di Ngarai Teduh. Tempat yang terasing namun menjadi buah mulut penduduk negeri
itu.
“Menakjubkan!
Setiap kali Pesta Menuai tiba, Cermin Pusaka pasti memilih gadis dari Ngarai
Teduh!”
Jawab sahabatnya,
“Mereka bukan hanya cantik luaran malah sangat cekap mengetam dan menampi
padi!”
Puji-pujian itu
tercantas apabila satu suara garau tiba-tiba membingitkan gegendang semua
orang.
“Ini kali
terakhir! Tahun depan, gadis dari Ngarai Teduh mesti kita tolak!”
Merah padam wajahnya.
Mata pula menyala-nyala.
“Marah kamu
seperti marah kepada Cermin Pusaka. Turun-temurun sudah percaya, wajah gadis
yang muncul di Cermin Pusaka itulah yang diangkat menjadi ratu seluruh lembah!”
“Bersusah-payah
saya menempah baju tercantik dari negeri jiran, rupanya anak saya kalah! Siapa
akan membayar ganti rugi itu?”
Seorang lelaki
bertubuh kekar di sebelahnya ketawa besar.
“Sedangkan
menggenggam renggam sahaja anak kamu sudah terkial-kial. Semasa menampi padi,
berapa cupak tumpah ke tanah? Pulanglah ke rumah kamu dengan saguhati!”
Lelaki yang
mengamuk itu mula senyap. Sorotan mata kembali tertumpu ke arena terbuka. Gadis
dari Ngarai Teduh yang telah dimahkotakan sedang disudukan air pinang muda oleh
ratu musim yang lepas. Sebagai restu, gelaran sudah berpindah tuan.
“Lihat! Boleh
nampak air pinang kemerah-merahan itu mengalir melalui tekaknya!”
“Benar! Kulitnya
jernih seperti cermin! Saya menjadi taksub!”
Satu tumbukan
ringan mendarat dibahu kanan.
Bidas rakannya,“Itu sudah melampau! Tidak ada manusia
yang kulitnya seperti cermin. Cuma kulit ratu ini sangat luar biasa cerahnya.”
Pandangannya
ditebar hingga ke sempadan sawah. Padi semakin menguning tetapi bila disentuh,
tidak berisi. Hanya kulit padi! Batangnya pula semakin kering. Sepanjang hidupnya,
tidak pernah ada malapetaka seperti ini.
“Muzon…!”
Pantas dia
menoleh bila namanya lantang diseru begitu. Jiran sebelah sawahnya datang
terkocoh-kocoh berkaki ayam.
“Janganlah
berteriak! Sudahlah padi tidak berisi, engkau terbangkan lagi semangatnya!”
“Jadi, sawah
kamu pun ditimpa bencana yang serupa? Padi hanya ada kulit, tidak ada isi?”
Muzon mengangguk
lemah.
“Pasti kita
semua akan mati kebuluran…”
Mendengar luahan
lemah itu, jirannya terduduk di atas batas sawah.
Kerut seribu di
wajahnya itu semakin ketara saat dia berkata,“Penduduk lembah ini akan
kelaparan…,”
“Ataukah hamya
kita yang ditimpa malang?”Soal Muzon kepada si jiran.
“Tidak! Bukan
hanya kita. Saya baru balik dari lembah seberang. Kaum perempuan mereka sedang
meratap mengenang nasib! Simpanan padi dalam kepuk semakin surut!”
Muzon ikut
terduduk. Longlai segala sendi tubuh. Matanya kembali menebar dari satu petak
ke satu petak sawah dengan mata semakin merah. Apabila dia menoleh, jirannya
itu sudah pulang. Sendi kedengaran berkeriut bila dia melenturkan tubuh ke kiri
dan kanan.
“Letih yang
teramat! Biarlah malam ini saya tidur di pondok padi.”
Lemah langkahnya
meninggalkan petak sawah yang menyedihkan hati.
Setelah
menghabiskan baki nasi tengah hari tadi dengan berlaukkan ikan sungai bakar,
Muzon menghamparkan tikar mengkuang di tepi kepuk padi yang tingginya tinggal
sejengkal.. Satu tingkap kecil dibiarkannya terbuka agar angin malam yang sejuk
boleh menerobos ke dalam.
Saat matanya
semakin rapat, tiba-tiba pondok kecil itu bergegar kencang. Muzon memegang kuat
di dinding tetapi tubuhnya tetap terhuyung hayang. Padi yang tinggal sedikit,
tersebar ke serata lantai.
“Gempa bumi…?!!”
Sempat dia
menjerit sekuat hati. Gegaran berhenti dan Muzon menjenguk ke luar melalui
tingkap kecil pada dinding. Tangannya menekup mulut dengan bahunya
terhenjut-henjut.
‘Peningnya! Rasa
seperti hendak muntah!”
Namun apa yang
dilihatnya di luar sana serta merta menghentikan rasa mualnya itu. Rasa mula
hilang sekelip mata. Tangannya menggosok-gosok mata.
“Berikan kepada
saya ratu kamu!”
Mulut Muzon
ternganga seluas-luasnya. Adakah dia salah dengar? Makhluk hitam lagi besar ini
mahukan ratu?
“Saya mahukan
ratu!!”
Sekali lagi
suara seperti halilintar itu membelah pekat malam.
“Dia anak saya!
Dia ratu seluruh lembah! Tidak mungkin kepada makhluk hitam akan saya serah!”
Pondok kecil itu
digoncang dengan lebih dahsyat. Tubuh Muzon sudah bermandikan padi. Dunia
sekitar seolah-olah berputar. Tanpa tertahan lagi dia pun termuntah-muntah.
Nafas tersekat di rongga dada.
“Padi akan
melimpah ruah jika ratu menjadi milik saya!”
“Padi yang
musnah adalah angkara kamu?!”
Ketawa makhluk
berdekah-dekah.
“Saya mahukan
ratu sebelum cahaya terbit. Saya mahu ratu yang cantik! Jika tidak, sawah
seluruh lembah akan musnah!”
Muzon
menggagahkan diri untuk turun dari pondok lalu berlari meredah gelap malam.
Perit dan miang daun lalang yang menghiris kulit tidak dia peduli. Sebaik
kelihatan lampu minyak tanah di anjung rumahnya, dia terus menjerit
membangunkan isi rumah. Jiran sebelah turut menjengah jendela.
“Mana anak
kita?!” Soalnya kepada isteri yang masih terpisat-pisat.
“Anak kita
ramai. Yang mana satu?”
“Saya maksudkan
Dayang!”
Belum sempat
isterinya menjawab, Dayang sudah muncul menguak jendela.
“Ayah cari
saya?”
“Iya, Dayang!
Makhluk yang memusnahkan sawah seluruh lembah mahukan kamu!”
“Mahukan saya
atau mahukan ratu?”
“Kita sedang
dilanda musibah. Jika hendak berlelucon, ini bukan masanya. Ratu itu adalah
kamu! Makhluk hitam itu mahukan kamu!”
Dayang merapatkan
semula daun jendela lalu beberapa saat kemudian dia sudah tersembul di muka
pintu.
“Menurut
pandangan ayah, adakah makhluk itu berakal panjang atau lurus bendul?”
“Ayah risaukan
keselamatan kamu, Dayang. Tetapi kamu pula tidak habis-habis bertanya soalan
pelik begitu,” Muzon duduk di perdu pohon mangga di hadapan rumah.
“Ayah, Dayang mahu
berjumpa dengan makhluk itu,” serentak semua pasang mata terarah kepadanya.
“Makhluk itu
sangat bengis, busuk dan hodoh! ”
“Bengis,busuk
dan hodoh? Saya teruja mahu berjumpa dengannya,” setelah itu, Dayang pantas
masuk ke dalam rumah. Selang beberapa ketika, dia muncul semula. Kini dia
lengkap berpakaian tradisional suku kaumnya yang bersulam manik-manik berkilat
berlatarkan kain baldu hitam. Di tangannya ialah lampu suluh kecil.
“Ibu, ayah dan
jiran-jiran semua, saya akan membuat bunyi seperti burung tekukur jika saya
perlukan bantuan . Jika kamu tidak mendengar apa-apa, itu bermakna saya
selamat.”
Dengan berkaki
ayam, Dayang mula mengatur langkah menuju ke lembah yang gelap gelita. Lampu
suluh digenggam erat. Embun jantan mula memberat di atas daun-daun hutan. Mujur
sekali, jalan denai itu sudah jelas dalam mindanya. Dia berdiri di hadapan
pondok padi.
Dengan suara
sedikit bergetar dia berkata, “Ratu lembah sudah tiba. Siapakah yang
berkehendakkan saya? Ayuh! Tampil di hadapan mata!”
Hanya sekali dia
menyeru, bunyi dahan dan ranting patah tiba-tiba semakin mendekat.
“Padi akan
melimpah ruah jika ratu menjadi milik saya!”
Dayang terundur
ke belakang. Kemunculan makhluk hitam itu sangat tidak disedari. Sekelip mata
sudah terapung-apung dan jaraknya pula hanya selangkah di depannya.
Dayang
memicingkan matanya. Cuba meneliti rupa makhluk hitam itu tetapi kepekatan
gelap malam menghalang niatnya. Dia mengumpul seluruh keyakinan dan keberanian
dan kemudian bersuara.
“Tahukah kamu
bahawa ratu seluruh lembah sanggup menjadi milik kamu?”
“Jika semua ratu
menjadi milik saya, saya berjanji tidak akan memusnahkan sawah padi!”
‘Hanya muslihat
yang mampu menumpaskan makhluk ini,’dalam diam Dayang merencanakan sesuatu
dalam hati.
“Tetapi ratu
hanya mahukan pasangan yang sanggup mati sekiranya dia mati,”sambung Dayang.
Dengan akal yang
pendek makhluk hitam itu berjanji, “Saya akan mati jika ratu mati.”
Dayang
menyembunyikan senyum di sebalik rambutnya yang menutupi separuh wajah. Angin
menjelang dini hari itu agak kencang dan dingin sekali.
“Baiklah!
Izinkan saya mengerahkan semua ratu agar berhimpun di sini pada esok hari.”
Makhluk itu
tiba-tiba bertempik kuat sambil menjerit,“Esok?! Ketika matahari bersinar panas?!
Tidak tahukah kamu bahawa saya tidak boleh melihat selagi matahari belum
terbenam?!”
Mata Dayang terbulat
dan bersinar. Mulutnya memuncung seperti mulut ikan yang comel. Dia
terangguk-angguk sendiri.
“Risau tidak
bertempat hanya menyusahkan hati. Serahkan kepada saya untuk membawa semua ratu
kemari. Malam esok adalah masa untuk kamu bersenang hati.”
Makhluk itu
ketawa berdekah-dekah sekali lagi. Dayang segera menekup telinga bagi
mengurangkan bingit yang menyucuk gegendangnya.
“Malam esok saya
akan berpesta. Pastikan ratu seluruh lembah lengkap berpakaian indah!”
Dahan-dahan dan
ranting patah kedengaran dalam beberapa langkah dari tempatnya berdiri.
Dayang meneka,
‘Mungkinkah makhluk itu sedang beredar dari sini?’
Lantas Dayang
menjerit sekuat hati. Dia meletakkan tapak tangan di sekeliling mulutnya
seperti ibarat pembesar suara.
“Jangan lupa
janji!! Kamu akan mati jika ratu mati…!!!”
Sayup-sayup
suara menggerunkan itu menyahut.
“Saya mati jika
ratu mati…! Saya mati jika ratu mati..! Janji ditepati…!”
Sebaik mendengar
jawapan itu, Dayang tidak berlengah-lengah lagi. Sepantas yang termampu dia
berlari menuju ke kampung. Kain baju bersulam indah itu disinsing hingga ke
atas lulut. Kokok ayam jantan meriuhkan pagi di Ngarai Teduh. Mereka hanya satu
hari untuk menewaskan makhluk hitam itu.
Perkarangan
rumah sudah dibanjiri penduduk kampaung yang berkumpul sejak malam tadi sebaik
mereka tahu Dayang pergi ke sawah untuk bersemuka dengan musuh kampung mereka
Si Makhluk Hitam.
“Saudara
sekalian! Mujur kalian semua sudah berada di sini. Saya memerlukan bantuan
semua demi membunuh makhluk yang menguasai sawah seluruh lembah!”
Suara Dayang
memecah hening pagi. Beratus pasang mata sedang bertumpu kepadanya kini.
“Asalkan musuh
kita dapat dihancurkan, katakanlah apa sahaja caranya, akan kami laksanakan.
Namun membiarkan anak dan isteri tanpa makanan, tidak sekali-kali!”
Kata-kata
bersemangat waja itu disambut dengan sorak gemuruh.
Dayang
menceritakan segala perbualannya dengan makhluk hitam itu malam tadi.
“Ini kerja yang
sia-sia! Di mana kita hendak mencari ratu seramai itu? Saya pasti ratu dari
daerah luar mahu dijadikan persembahan!”
Dayang tersenyum
lebar. Satu persatu wajah resah gelisah di hadapannya dipandang.
“Saudaraku
sekalian! Tidak sukar untuk menghimpun ratu yang ramai. Kita hanya memerlukan
cermin yang besar dalam jumlah yang banyak.”
Sekali lagi
semua yang hadir berpandangan dan seketika kemudian mereka mengangguk-angguk
sambil berketawa girang.
“Dayang memang
seorang ratu yang bijaksana!” Puji-pujian kedengaran di sana-sini.
“Saya tahu di
mana kita boleh mendapatkan cermin yang besar dalam jumlah yang banyak.
Serahkan tugas itu kepada saya,” seorang pemuda berparut di dahi menawarkan
diri.
“Kamu perlu
segera berurusan dengan tuan kedai itu. Kita perlukan tujuh puluh cermin besar.
Bawa cermin-cermin itu ke sawah padi sebelum matahari tegak di atas kepala.”
Maka, seramai
tujuh puluh orang anak muda segera beredar melaksanakan tugas mereka.
“Sekarang, kita
perlu membuat patung yang serupa dengan saya. Lengkapkan dengan persalinan ratu
yang terbaik. Kita letakkan di tengah-tengah sawah!”
Setelah menerima
arahan, seluruh penduduk mula menumpahkan kemahiran masing-masing. Tanah liat
dibentuk sempurna menyerupai Dayang. Diukir dengan cukup teliti dan dipalit
dengan warna-warna menjadikannya seperti realiti.
Kemudian giliran
kaum wanita pula menyarungkan pakaian tradisi khas yang lengkap dan hanya seorang
ratu boleh menyarungkannya. Saat patung itu diusung ke tengah sawah dan
ditegakkan kedudukannya, seolah-olah Dayang, Si Ratu Cermin sedang berdiri
mempamerkan kecantikkannya!
Menjelang tengah
hari, sebanyak tujuh puluh keping cermin besar disusun di sekeliling sawah yang
luas. Mereka bekerjasama menyusun atur cermin-cermin tersebut agar memantulkan
imej antara satu sama lain. Saat matahari semakin condong ke barat, cermin
sudah siap dipasang. Seolah-olah terdapat berpuluh-puluh ratu yang cantik sedang
mengelilingi sawah padi itu.
Dayang berdiri
disamping patung yang menyerupainya di tengah sawah lalu berkata.
“Wahai penduduk
sekalian! Berdoalah semoga usaha kita tidak sia-sia. Dengar baik-baik apa yang
perlu kita lakukan untuk menjayakan muslihat ini.”
“Seorang lelaki
dewasa perlu bersembunyi di belakang setiap cermin besar yang sudah kita susun.
Bersiap sedia dengan sebatang kayu. Setelah saya beri isyarat, kamu akan
pecahkan cermin di hadapan kamu itu. Bermula dari penjuru sawah sebelah kiri,
satu persatu sehingga habis pecah kesemuanya. Kaum wanita dan kanak-kanak,
pergilah kembali ke rumah masing-masing.”
Kini, hanya
tinggal penduduk yang memegang peranan masing-masing. Dada berdebar-debar
menunggu matahari terbenar sepenuhnya. Dayang merapatkan tubuhnya benar-benar
di belakang patung di tengah sawah.
Tiba-tiba bunyi
dahan dan ranting kedengaran dari jauh dan semakin lama semakin hampir. Makhluk
hitam itu berhenti di hadapan patung ratu.
“Kamu hanya
boleh menghampiri saya sebaik bulan menyinar terang!”
Dayang bersuara
dari belakang patung ratu.
“Saya dijanjikan
untuk memiliki ratu seluruh lembah! Bukan hanya satu!!”
Bergegar jantung
Dayang dijerkah sebegitu kuat.
“Ratu seluruh
lembah akan hadir bersama sinaran bulan yang mengambang!”jawab Dayang sambil
matanya memandang ke atas mencari kelibat bulan. Dia menahan nafas saat melihat
awan mula berarak dan bulan mula menunjukkan wajah. Bulan yang bulat sempurna
dengan cahaya yang gemilang.
Sebaik bulan
tersembul sepenuhnya, imej patung ratu terpantul dengan sempurna di atas
permukaan setiap cermin yang tersusun. Sekali pandang, ada berpuluh-puluh ratu
sedang berdiri anggun mengelilingi sawah!
“Wahai makhluk
hitam! Lihat di sekeliling kita! Sekalian ratu bersedia menjadi milik kamu!”
Makhluk hitam
ketawa. Berdekah-dekah seperti malam sebelumnya.
“Ratu seluruh
lembah datang menyembah! Ratu seluruh lembah kini kepunyaan saya!”
Dayang
mengingatkan dirinya sendiri. ‘Saya tidak boleh biarkan makhluk ini menyelidiki
setiap pantulan pada cermin-cermin itu. Mesti bertindak segera!’
Maka dia pun
berkata, “Janji ditepati! Kamu mati jika ratu mati!”
“Saya mati jika
ratu mati!”
Makhluk itu
mengulang-ulang kata-katanya sambil membuat pergerakan yang tidak jelas ke sana
ke mari. Kelihatan makhluk itu sungguh gembira melihat begitu ramai ratu sudah
tiba.
Dayang memberi
isyarat kepada lelaki-lelaki yang bersembunyi di belakang cermin. Sudah tiba
masa untuk cermin itu dipecahkan. Maka, bermula dari penjuru sawah sebelah
kiri, satu demi satu cermin retak berderai dan jumlah ratu yang kelihatan mula
berkurangan.
Tempikan marah
makhluk itu kedengaran hingga ke kampung. Semua orang berkurung dalam rumah
masing-masing. Tidak ada seorang pun yang berani menjenguk walau sesaat.
Setiap kali satu
cermin dipecahkan, Dayang akan berpura-pura menjerita kesakitan. Jeritan itu
menjadikan makhluk hitam semakin tidak tentu arah. Akhirnya hanya tinggal
patung yang masih tegak di tengah-tengah sawah.
Dayang bersuara,
“Wahai makhluk hitam! Matilah bersama-sama ratu yang cantik!” Dan Dayang
merangkak perlahan-lahan meninggalkan patung ratu itu.
Dari tepi sawah,
meraka dapat melihat makhluk hitam itu memeluk patung ratu. Namun sebaik patung
tanah liat itu dipeluk rakus, maka rosaklah strukturnya. Tangan-tangan terus
gurur dan pinggangnya juga telah patah. Bunyi meraung yang sangat dahsyat amat
menggerunkan.
Dalam terang
cahaya bulan, mereka dapat melihat makhluk itu menyambar serpihan-serpihan
cermin yang tajam lalu mencederakan badannya. Tidak lama kemudian, mereka
terlihat badan makhluk itu terbakar dengan sendirinya dan akhirnya lenyap
begitu sahaja.
Keesokannya
paginya, seluruh penduduk turun ke sawah untuk membersihkan serpihan cermin
agar tidak membahayakan mereka tetapi mereka tidak menemui apa-apa serpihan. Mereka
juga mendapati bahawa sawah padi sudah pulih seperti sediakala.
“Kita akan
mengadakan Pesta Menuai. Mulai sekarang, ratu yang dipilih bukan hanya cantik
dipandang tetapi mestilah seorang yang bijaksana. Ratu yang mampu menyelamatkan
seluruh lembah!”
Dayang menonton
kegembiraan para penduduk dari jendela kamarnya. Sebiji pinang muda dikunyah
perlahan-lahan. Melalui cermin meja soleknya, dia dapat melihat air pinang muda
itu mengalir perlahan-lahan seperti selalu.
Friday, 25 January 2013
Surat Berdaftar Yang Membawa Tuah
Assalamualaikum...
hampir tidak aku temui jalan kembali ke rumah sendiri
lantaran agak lama tidak ke sini
bukan ke mana-mana
sekadar leka melunaskan amanah di bahu, demi anak bangsa dikasihi di sekolah
bukan juga ke mana-mana
sekadar memberikan sepenuhnya pandangan, kepada permata-permata hati sendiri di rumah
juga bukan ke mana-mana
sekadar mengerah sepenuh tumpuan untuk memastikan, mimpi ini benjadi nyata
di sini, di rumahku sendiri,
sebebasnya aku mengemas dan mencuci
biar tidak ada tamu menghampiri
namun tanggungjawabku untuk memastikan rumahku ini
sentiasa menyenangkan mata dan hati
sentiasa menjadi tempat aku berkarya, berlagu ceria mahupun sedih
aku gembira di rumah ini
jiwa menjadi tenang dan tenteram
saat aku keluar dari sini
dan mula menjejak kaki ke rumah orang lain
bermakna banyak pula ilmu yang boleh aku semat di dada dan minda
juga ilmu yang dijadi garisan agar jangan dilangkau, jika tak mahu mendapat padah
rumah unguku ini,
jangan merajuk jika aku tinggalkan engkau lagi
sesungguhnya, meskipun langkah ini jauh dari mu,
engkau sentiasa melekat di hatiku...
hampir tidak aku temui jalan kembali ke rumah sendiri
lantaran agak lama tidak ke sini
bukan ke mana-mana
sekadar leka melunaskan amanah di bahu, demi anak bangsa dikasihi di sekolah
bukan juga ke mana-mana
sekadar memberikan sepenuhnya pandangan, kepada permata-permata hati sendiri di rumah
juga bukan ke mana-mana
sekadar mengerah sepenuh tumpuan untuk memastikan, mimpi ini benjadi nyata
di sini, di rumahku sendiri,
sebebasnya aku mengemas dan mencuci
biar tidak ada tamu menghampiri
namun tanggungjawabku untuk memastikan rumahku ini
sentiasa menyenangkan mata dan hati
sentiasa menjadi tempat aku berkarya, berlagu ceria mahupun sedih
aku gembira di rumah ini
jiwa menjadi tenang dan tenteram
saat aku keluar dari sini
dan mula menjejak kaki ke rumah orang lain
bermakna banyak pula ilmu yang boleh aku semat di dada dan minda
juga ilmu yang dijadi garisan agar jangan dilangkau, jika tak mahu mendapat padah
rumah unguku ini,
jangan merajuk jika aku tinggalkan engkau lagi
sesungguhnya, meskipun langkah ini jauh dari mu,
engkau sentiasa melekat di hatiku...
Subscribe to:
Posts (Atom)