Showing posts with label Home. Show all posts
Showing posts with label Home. Show all posts

Monday, 6 July 2015

Novel Pertama Dhuha Steffa

Alhamdulillah. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang masih membuka pintu ilham untuk saya terus mencoret sesuatu.

Bermula di dalam buku latihan berkulit coklat, buat tatapan rakan-rakan sekelas, minat itu saya pendam. Namun setelah bertahun, akhirnya ilham yang mencurah tidak mampu dibendung lagi. Sehinggalah satu demi satu cerpen saya berjaya terbit dalam antologi, dan dalam majalah.

Suatu hari, pintu rezeki dibuka lagi untuk menulis buku akademik, alhamdulillah. Sudah tiga naskah yang terbit dan satu lagi dalam proses disiapkan. Jangkaan terbit ialah pada Disember 2015 nanti.

Namun, kepuasan sebenar menulis ialah menghasilkan dan melihat NOVEL sendiri diterbitkan. Dan kepuasan itu menjadi berkali ganda apabila ia sudi dimiliki oleh rakan rapat, jauh dan dekat. Rakan yang baru dan sudi untuk memilikinya.

Saya mohon maaf andai terdapat kekurangan dalam novel pertama ini. Yang lemah adalah dari diri saya sendiri dan yang baik adalah anugerah daripada Yang Maha Esa.




                                                                     "KETUPAT SAYANG"
                                                                    Majalah Wanita Bil. 1650
  Ini cerpen saya yang kedua diterima untuk diterbitkan dalam majalah. Suka sangat dengan ilustrasi tu. Sangat menggambarkan plot dalam cerpen. Saya akan terus menghantar kerja kepada Majalah Wanita selagi mempunyai masa terluang untuk menulis. Editor Majalah Wanita pun okey!


                                             Covernya sangat cantik lawa : Fasha Sandha









Saturday, 23 May 2015

Anonymous - A Small Word with Big Impact

Hakikatnya,

Fikiran ini sukar untuk dibaca.

Hati ini juga, amat payah untuk ditelaah.

Mesin masa biasanya amat diharapkan kewujudannya. 

Kembali ke masa silam dan mengutip pengajaran-pengajaran yang berharga,

Untuk dijadikan sempadan kukuh pada hari ini.

Namun, 

Adakalanya juga, kita berharap agar mesin masa 'under constraction'.

Terus rosak pun boleh juga.

Kerana kita tidak mahu terhumban ke zaman silam 

Yang mungkin hanya akan mengkucar-kacirkan perasaan,

Hanya memudaratkan kesihatan hati. 


Hakikatnya juga,

Berbakul-bakul pesan dan nasihat pun tidak akan berkesan,

Berlori-lori perkataan power, dihujani madah-madah panjang berjela, tidak akan bermakna.

                                                             -BUT-

" Sometimes, someone says something really small, and it just fits right into empty place in your heart."


Yeah! Just a small small word, but with big impact!


Mungkin manuskrip seterusnya bakal diberi tajuk, " Encik Anonymous, Sila Munculkan Diri Awak."

Iskkk..panjang sangat!   Kita bagi pendek sikit jadi "Encik Anonymous, Siapakah Awak?"

Kurang sedap pula ayat tu.

Mungkin editor akan suka kalau kita letak yang paling catchy, "Mr. Anonymous, I Love You".

Okay, tajuk-tajuk ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Salam sayang, Jom kita bersihkan sawang rumah ini. Walaupun pengunjungnya mungkin hanya dua 

orang tapi adat kita kan memuliakan tetamu. 

Kita buang sawang, sapu lantai, mop bersih-bersih, tukar lapik meja, tukar langsir, naikkan gambar 

baru.


Peace & Cheers!

-Dhuha Steffa-





Wednesday, 11 March 2015

Catatan 11 Mac 2015....

Salam Sayang...

Jika dulu aku meraba-raba di antara huruf-huruf yang aku ketik, hingga kadang kalau kebuntuan kerap menyebelahi.

Saat itu, aku tidak tahu kepada siapa perlu bertanya?

-kata-kata apa yang menyentuh kalbu?
-bicara yang bagaimana mampu menjentik rasa?
-bagaimana lenggok tutur yang bisa menyingkap cinta?
-bahasa apa yang mampu membuat berdiri bulu roma?

Kembara berkarya yang hampir lumpuh ternyata masih jauh sudahnya.
 Aku memanjatkan rasa syukur kepada Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih..

....kerana...

aku kini dipertemukan dengan teman-teman yang teruja bergelumang dengan aksara.

Dayah, Zila, Jessy, Reena, Nurul dan Flora....

Kalian memang terbaik!

Simposium Penulis wanita Sabah 2014, di sanalah segalanya bermula!

Jessy dan Zila yang lebih dari layak digelar sunbae, sudi berkongsi ilmu dengan penuh rendah hati. Dayah yang jauh di Nigeria namun terasa hampir di sini. Reena yang lebih selesa bersembunyi dan hanya memaparkan karya-karyanya yang lahir dari hati. Nurul yang penuh kejutan dan variasi dalam tulisannya. Flora yang sering hadir dengan puisi dan kesucian karyanya yang berbaur budaya murni.

Aku?

Aku adalah kura-kura yang perlahan mengayuh namun tidak akan berhenti. Ya, itulah aku!

Kami bertujuh akan bergabung di bawah satu blog yang kami beri nama

tujuhmandakkinabalu.blogspot.com

Gedung Idea kami bertujuh.


Saturday, 26 July 2014

"Kebaya Kacukan" di Mingguan Wanita Bil.1600 (18-24 Julai 2014)

Syukur kepadaMu Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang.

Dengan izinnya, karya kecil saya disiarkan di dalam Mingguan Wanita. Jika selama ini saya hanya membaca karya teman-teman, kini giliran saya mengambil tempat ruangan comel cerpen dalam MW itu. Semoga yang membaca mahupun yang terbaca suka.


Kebaya Kacukan itu tentang apa?

Ada rakan sekerja berkata, sangkakan hanya manusia yang ada kacukan, rupanya kebaya pun ada kacukan juga. Betul tu! Tetapi bagaimana kebaya itu dikacukkan?

Dapatkan MW Bil.1600 dan bolehlah baca. Cerpen itu pada mulanya hanyalah sebuah certot (cerita kontot. hehe) 5 muka surat dan apabila saya merancang untuk menghantarnya ke MW, saya kembangkan sikit sehingga 7 muka surat.

Jangan sedih-sedih baca cerpen ini,ya? Senyum dan ceria selalu.
Salam lebaran buat semua.

Dhuha Steffa-27 Julai 2014-  8.55am-


Wednesday, 11 December 2013

Syukur kepada-Nya..

Cerpen pertama saya akhirnya bakal menjadi tatapan umum..

Terima kasih kepada JS Adiwarna yang memberi peluang dan kepercayaan kepada karya kecil saya untuk turut serta memeriahkan antologi yang amat bermakna ini.

Antologi Cerpen yang diberi judul ' Kerana Dia, Ratu Sehari', mempunyai 844 muka surat dengan 40 cerpen yang sudah sementinya manis-manis di dalamnya.

Terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan seperjuangan dan rakan-rakan FB juga istimewa kepada rakan-rakan baru dan lama yang sentiasa memberi sokongan.

Teramat-amat kasih kepada Encik Suami yang amat memahami minat saya untuk menulis. Beliaulah yang banyak sangat memberi peluang dan ruang kepada saya untuk meneruskan minat dalam bidang ini. Sayang Selalu!

Semoga terhibur dengan semua cerpen di dalam antologi yang anggun ini. Saya akan menulis selagi suami merestui dan Allah SWT mengizinkan.

Salam Sayang.

Dhuha Steffa.




Tuesday, 29 October 2013

Mak Andam! Oh Mak Andam! Yang Bertuah....

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Dengan izin Yang Esa, cerpen saya terpilih untuk menyertai Antologi Cerpen JS Adiwarna dengan tema Kerana Dia, Ratu Sehari.

Semangat semakin berkobar-kobar untuk menulis. Semoga karya saya boleh diterima oleh pembaca sekalian.

Terima kasih yang teramat-amat-amat kepada semua yang banyak membantu dan memberi peluang kepada karya saya untuk menjadi bacaan umum.

Salam hormat penuh ceria, daripada saya....,

Dhuha Steffa.

Thursday, 19 September 2013

Catatan untuk 19 September.....

Assalamualaikum dan salam hormat kepada yang sudi singgah membaca.

Sebenarnya, blog ini hampir saya tutup kerana seperti mati segan hidup tak mahu. Sunyi sepi, kusam dan kelam. Setiap kali saya ke sini, pasti terbatuk-batuk hingga nafas hampir sesak. Habuk dan sawang ada di merata-rata. Tebalnya pula sudah hampir sekaki!

Disebabkan 'dapur' di 'rumah' sendiri sudah lama tidak berasap, saya yang lapar, mula berjalan-jalan ke rumah sebelah. Terus berjalan dan berjalan. Catatan-catatan di setiap blog yang saya singgahi amat mengenyangkan jiwa.

Tulisan mereka telah menyuntik satu semangat kepada saya untuk mengemaskan semula 'rumah' sendiri. Takkanlah saya sahaja yang asyik bertandang ke rumah kawan-kawan,kan? Ada masanya, saya juga berkeinginan mahu menjemput rakan -rakan untuk datang bertandang.

Jika berhasrat menjemput rakan-rakan untuk bertandang, pastinya perlu menyediakan sesuatu untuk dijamu. Mungkin juadah yang saya sediakan itu tidak sempurna, tetapi saya berlapang dada jika rakan-rakan yang singgah, apatah lagi jika sudi menikmati juadah, melapangkan waktu untuk meninggalkan komen.

Semoga kunjungan rakan-rakan pada lain waktu, dapat saya jamu dengan juadah yang lebih lazat dan menepati selera, kan? :-)

Alhamdulillah...saya ditemukan dengan seorang 'jiran' yang sudi datang ke rumah saya dan membantu saya mengemaskan rumah. Kebetulan saya 'out station', maka saya titipkan 'kunci rumah' kepadanya supaya mudah dia datang bila-bila masa.

Balik sahaja dari out station, saya terpana seketika. Rumah sudah dicat baru. Di dalam, siap dengan wallpaper baru juga. Perabot-perabot yang agak berselerak sudah disusun kemas dan cantik!

Rasa nak peluk ketat-ketat Adik Dayang Deno yang sudi mengemas. Apakan daya, tangan tak sampai. Tema pink, purple dan silver/grey ini memang seperti yang saya idamkan!

Kini, saya semakin bersemangat memasak juadah. Cuba memberanikan diri meletakkan 'link' di muka-muka buku walaupun hakikatnya rasa segan sudah menghempap-hempap tubuh!

InsyaAllah..jika Yang Maha Pemurah sudah menetapkan rezeki itu buat saya, akan terbitlah buku saya. Jika bukan rezeki saya, saya akan mencuba lagi selagi Jemari, Jiwa & Minda Ini Bersatu Untuk Berkarya....

Editor Nuun Creative Book sudah menampakkan wajah e-book saya yang bertajuk 1313:Sulu
Menangis (boleh baca sedutan yang saya sudah sediakan)

 dan............

  Novel pertama saya yang bertajuk "Andai Tersentuh Cintamu" di bawah Kaki Novel yang sedang menunggu giliran penerbitan bagi Tahun 2014.
(Itu pun jika tidak ditolak pada saat-saat akhir. Mana tahu,kan?)

Saya memang sangat teruja menanti respon seterusnya dari KN namun dalam masa yang sama saya tetap bersedia untuk menerima apa-apa sahaja berita sedih...

Ohhh! Mudah-mudahan ATC berjaya melepasi tapisan akhir dan dapat dinaskahkan. Itu doa saya. Amin..)









Friday, 25 January 2013

Surat Berdaftar Yang Membawa Tuah

Assalamualaikum...
hampir tidak aku temui jalan kembali ke rumah sendiri
lantaran agak lama tidak ke sini
bukan ke mana-mana
 sekadar leka melunaskan amanah di bahu, demi anak bangsa dikasihi di sekolah
bukan juga ke mana-mana
sekadar memberikan sepenuhnya pandangan, kepada permata-permata hati sendiri di rumah
juga bukan ke mana-mana
sekadar mengerah sepenuh tumpuan untuk memastikan, mimpi ini benjadi nyata

di sini, di rumahku sendiri,
sebebasnya aku mengemas dan mencuci
biar tidak ada tamu menghampiri
namun tanggungjawabku untuk memastikan rumahku ini
sentiasa menyenangkan mata dan hati
sentiasa menjadi tempat aku berkarya, berlagu ceria mahupun sedih

aku gembira di rumah ini
jiwa menjadi tenang dan tenteram
saat aku keluar dari sini
dan mula menjejak kaki ke rumah orang lain
bermakna banyak pula ilmu yang boleh aku semat di dada dan minda
juga ilmu yang dijadi garisan agar jangan dilangkau, jika tak mahu mendapat padah

rumah unguku ini,
jangan merajuk jika aku tinggalkan engkau lagi
sesungguhnya, meskipun langkah ini jauh dari mu,
engkau sentiasa melekat di hatiku...



Tuesday, 13 November 2012

Catatan Pertama

"Andai Tersentuh Cintamu" sebenarnya bukan karya aku yang pertama...ada 3 lagi manuskrip yang aku telah siap namun aku lebih yakin pada "Andai Tersentuh Cintamu" untuk dihantar kepada Kaki Novel... InsyaAllah..,jika "Andai Tersentuh Cintamu" diterima baik, aku akan mencuba nasib manuskrip yang dua ni lagi...(masih fresh dlm Xternal Hard Disc..) :-)

Aku menulis mengikut naluri sendiri...hanya mengikut gerak hati...bila menulis, aku akan masuk dalam dunia ciptaan sendiri itu...jelas sekali, tiada kaitan kepada sesiapa, kepada apa-apa sahaja atau tempat di mana-mana jua...jika ada pun, itu sekadar untuk mengukuhkan situasi..

Barisan novel yang terpamer di kedai-kedai buku adalah pendorong yang sangat kuat untuk aku ingin merealisasikan impian mempunyai koleksi novel karya sendiri...Semoga langkah pertama ini direstui-Nya...Semoga karya pertama ini nanti menjadi laluan kepada tulisan2 saya yang akan datang...InsyaAllah...
Salam Perkenalan Untuk Semua Kaki Novel di luar sana....

p/s:tanpa buku@novel ke mana-mana, boleh buat jiwa jadi kacau!   ;-)

Aku sukakan yang indah-indah untuk menjadi santapan mata..terutama saat berkarya...purple...pink,...putih...., selalu sahaja kena dengan jiwa....masalahnya, aku suka bunga tapi hanya gambar bunga je!  Untuk dijadikan hiasan dalam rumah, tak berapa la pulak...

Mungkin juga aku yang tidak pandai menghias menggunakan bunga...ya,mungkin macam tu la!

Tapi pindah rumah ni (coz sekarang dalam proses berpindah...),

kalau tak letak bunga dalam rumah sekalipun, nak beli pasu bunga letak kat luar rumah pun jadilah..


Cuti sekolah sudah bermula tetapi kuliah akan bermula minggu hadapan..sehingga 26hb Nov. Rehat dalam seminggu lebih sebelum exam..selepas tu baru dapat menyambung cuti dalam 2 minggu sebelum bermula sesi persekolahan 2013...

Dalam 2 minggu tu nak teruskan 'dunia' Hilman dan Idura...(thanx kepada Cik Latifah yang baru-baru ni sudah mendapat title Puan dengan cadangan nama watak yang aku sungguh berkenan tu ye...? )

Tak sabar mengembangkan perjalanan mereka berdua....