Kelas
sedikit bingar walaupun Cikgu Heliza sudah masuk ke kelas lebih kurang lima
belas minit yang lalu. Biasalah! Apabila cikgunya ayu dan lemah lembut,
pelajar-pelajar menjadi terlebih manja dan agak mengada-ngada.
“Kamu
kalau tak gaduh, tak sah ke?”
“Bila
masa kami gaduh? Kami rilek ja la.”
“Kalau
kau nak goreng, pegi goreng orang lain. Aku ni, kau goreng macam mana pun tak
hangus, tau tak? Kau jeling dia, dia jeling kau. Hei, kami dalam kelas ni tak
buta lagi tau.”
Aku
menjeling geram. Payah juga kalau duduk bersebelahan dengan tok batin a.k.a
tukang tilik ni. Mungkin aku perlukan topeng supaya mudah nak cover muka ni
dari kawan-kawan.
Tapi kalau dah pakai topeng, sedihlah mata Juhi Chawla aku
ni? Siapa nak tengok,kan?
Okey, cancel plan!
“Myra,
kamu tengah baca jampi ka?”
Aku
mendongak dan mata bertembung dengan pandangan Cikgu Heliza yang memukau. Lidah
terus tidak mampu memproses kata-kata. Seperti tikus yang bila-bila masa
diterkam pak misai, aku mengecilkan diri.
Aku
dihujani pandangan yang penuh tanda tanya (bagi yang selalu buat hal sendiri
dan tidak mengikuti isu semasa kelas), pandangan disertai senyum tertahan-tahan
(bagi yang tahu dan menyokong) dan pandangan disertai herotan bibir dengan mata
juling ke atas (bagi yang tahu tetapi menyampah).
Tapi
semua jenis pandangan itu aku tak kisah. Yang seperti magnet menarik bola
mataku agar melirik kepadanya ialah orang itu.
Hah,
kan betul! Orang itu sedang tersenyum-senyum dengan riak yang aku tafsir
sebagai “Padan muka! Mengkhayal lagi!”
Panas
hati melanda lagi. Mula hari ni, aku tak nak tegur kau lagi. Ingat aku
terhegeh-hegeh sangat?
“Myra,”
namaku diseru lagi.
Iskk…sedap
sangatkah nama aku tu, sampai menjadi kegemaran Cikgu Heliza yang cantik untuk
diseru berkali-kali.
“Iya,
cikgu?” soalku.
“Sebagai
Ketua Keceriaan kelas, apa idea awak untuk menceriakan kelas kita?” soalan
Cikgu Heliza membuatkan aku berkerut dan otakku secepat mungkin cuba mencapai
level berfikir aras tinggi. Agak susah soalan tu sebab aku bukannya seorang
yang kreatif sangat.
Atas
kepercayaan apakah aku dilantik untuk jawatan ini? Sungguh tak patut!
Kakiku
di bawah meja ditendang. Sambil menggigit bibir geram, wajah sahabatku di
sebelah aku jeling tajam.
“Jawablah!
Kami pun nak tahu ni. Macam mana kita nak ceriakan kelas kita ni?”
“Ingat
aku ni Menteri Keindahan Alam Sekitar ka apa? Menteri pun diberi masa untuk berfikir,
untuk menganalisis! Mana boleh main tembak mati macam ni, minta jawapan on the
spot! Menteri pun boleh mati kutu!”
“Okey,
kita beri masa kepada Myra untuk fikirkan. Sementara tu, pelajar yang lain, ada
cadangan apa-apa? Cadangan untuk menceriakan kelas kita?”
Aku
menarik nafas lega mendengar kata-kata Cikgu Heliza. Sebab tu pelajar-pelajar
sukakan dia. Dahlah cantik, penuh tolak ansur pulak tu! Cikgu lain pun terpaksa
akur dan senyum dengan rela apabila nama Cikgu Heliza diumumkan tiga tahun
berturut-turut sebagai Guru Paling Popular, Guru Paling Disayangi, Guru Paling
Cantik dan Guru Paling Glamour!
Mungkin
akan sampai satu tahap, Cikgu Heliza akan memohon agar tidak dicalonkan lagi.
Seperti yang dilakukan oleh Datuk Siti yang jelita tu. Berundur dengan cara
paling glamour. Berundur sambil melambai seperti ratu kepada peminat-peminat
yang berpuluh ribu!
“Myra!”
Huh!
Famous sangat nama aku ni? Rasa leceh pula. Mungkin aku pun perlu menukar nama
saat nama aku ni berada di puncak glamour,kan? Mungkin perlu aku tukar menjadi
Suraya? Atau Adira? Atau Marsha? Aku terus memfokuskan pandangan kepada Cikgu
Heliza yang menyeru.
“Dengar
tak cadangan tadi tu? Take note tak?”
Melihat
aku yang terpinga, Cikgu Heliza menggeleng.
Hishh… apa kena la aku blur sangat
hari ni? Betul kata orang, kalau hati tengah panas, otak menggelegak, sel-sel
otak suka untuk berhubung. (Opss..apa punya teori, just igore it, buddy!)
“Okey,
Idham. Boleh beritahu sekali lagi cadangan kamu tadi? Myra baru balik dari
Pluto. Dia tak sempat salin.”
Kata-kata
Cikgu Heliza disambut dengan gelak rakan sekelas lain. Hanya Idham yang
berwajah maintain, sambil menjeling ke arahku sebentar, dia berdiri. Dari ekor
mata aku lihat gayanya.
Eiii..! Aku benci dengan aura yang sentiasa memukau
itu!! Tolong!
“Seperti
yang saya cadangkan tadi, kita buat kutipan kelas dan nanti beli la lapis meja,
poster pemandangan dan apa-apa yang patut. Poster DYMM, PM dan KM boleh ambil
di Jabatan Penerangan. Free!”
“Siapa
bagi cadangan, dia yang pergi.” Citt! Mulut aku ni memang perlu diinsurankan
rasanya dan….
Zassss…!!
Jelingan
tajam berapi melibas mataku saat itu juga. Mata Idham!
“Myra
kan Ketua Keceriaan, Myra buatlah kutipan dan bawa kawan beli apa yang patut
tu,” arah Cikgu Heliza. Melihat wajahnya yang jelita itu, aku tidak sanggup
berkata tidak.
“Okey
tapi saya kena pergi dengan siapa? Kau teman aku, eh?” Sambil menunjukkan muka
comel yang meminta simpati, lengan sahabat baikku di sebelah aku goncang.
“Tak
boleh la. Rumah saya jauh. Saya tak boleh keluar sebelah pagi, cepat-cepat
balik pula untuk bersiap ke sekolah petang,” keluhnya. Emmm..betul juga!
Aku
menoleh ke belakang. Satu demi satu wajah kawan yang lain aku pandang. Mana
tahu jika ada sesiapa yang beri signal, sudi untuk temankan. Tak kisah la dia
bagi signal dengan cara angkat tangan ka, angkat kening ka atau angkat kaki
pun, asalkan aku faham signal yang diberi, cukup!
Kelas
sunyi!
Tapi
aku tak salahkan mereka sebab kebanyakkannya tinggal di asrama. Mana boleh
keluar sesuka hati. Sambil aku kerut-kerut dahi dan herot-herot bibir
memikirkan masalah negara tu, satu suara macho menyelamatkan keadaan.
“Biar
saya temankan Myra.”
Wajah
Cikgu Heliza yang suram tadi kembali ceria.
“Oh
thank you, Idham. Kamu memang selalu jadi superhero. So Myra, ok tak Idham
pergi dengan kamu?”
‘What
can I say, Cikgu Heliza? Memang saya berharap Idham yang beri signal tadi.’
Tapi
itu hanya bergema dalam hati. Ingat semudah itu aku lontarkan keluar? Oh, no!
“Okey!”
Pendek aku menjawab sedangkan bibir yang mahu tersenyum panjang, terpaksa aku
tahan-tahan.
….to be continue….
No comments:
Post a Comment